Sunday, 18 September 2011
Selamat Datang
Salam.. Kali ini Nora nak share resepi cara nak buat kek coklat kukus yang Nora masak. Resepinya amatlah mudah dan senang especially bagi yang tak berapa pandai sangat memasak macam Nora. hehe.. Resepi ini untuk buat sebiji kek coklat lembap yang sedap. Dijamin resepi ini sedap sebab testimonial masa Nora buat untuk raya dan masa jamuan sekolah , ramai yang puji sedap.
Resepi Kek Coklat
1 cawan serbuk coklat
1 cawan gula
1 cawan minyak masak (boleh ganti dengan buttercup)
2 cawan tepung gandum
1 susu
1 cawan air
1 1/2 sudu kecil soda bikabonat
1 1/2 sudu kecil serbuk penaik
2 biji telur
Cara-cara masakan;
1) Sebelum kita bancuh bahan-bahan, didihkan air didalam alat kukusan.
2) Sementara tunggu air mendidih, kita mulai adunan dengan ambil 2 biji telur dan gula dipukul sehingga
kembang.
3) Coklat, gandum, serbuk penaik dan soda bikarbonat digaul sekali.
4) Susu dan air dicampur ke dalam telur yang telah dipukul sehingga kembang.
5) Campur adunan di dalam langkah 2 ke dalam langkah 3.
6) Kacau sehingga sebati.
7) Kudian masukkan minyak masak da kacau sampai sebati.
8) Sediakan loyang kek yang sudah disapu dengan majerin dan masukkan adunan kek yang sudah sebati.
9) Kukus sehingga masak kira-kira 45 minit. (tempoh masa kek siap masak bergantung kepada saiz loyang kek dan saiz api yang digunakan tapi sebaiknya pantau pada masa 30 minit)
*untuk cek masak ke tak kek ini boleh cek dengan cucuk kek menggunakan lidi. kalau takde apa yang melekat pada lidi bermakna kek tue dah masak.
10) Selepas masak, cairkan bar coklat dan sapu di atas dan sekeliling kek.
11) Letakkan hiasan dan masukkan ke dalam peti sejuk untuk keraskan coklat hiasan.
Subscribe to:
Posts (Atom)